Saturday, February 22, 2014

Tone Excel Kerjasama dengan Lembaga Pelindung dan kebajikan pengguna malaysia

Tone Excel Kerjasama dengan Lembaga Pelindung dan kebajikan pengguna malaysia
KUALA LUMPUR 14 Mei - Syarikat perkhidmatan mudah alih prabayar, Tone Excel Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama strategik dengan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) bagi meluaskan program penyediaan pendapatan tambahan kepada pengguna-pengguna telefon bimbit.

Pengerusi Eksekutif Tone Excel, Syed Kamaruzaman Shahabudin Syed Kamaruzaman, menerusi program pemasaran prabayar, WOW, pengguna Tone Excel boleh mendapatkan insentif dan ganjaran melalui rujukan ahli keluarga dan rakan-rakan .
‘‘
Kami merupakan pembekal perkhidmatan mudah alih tunggal yang memberi ganjaran tunai kepada pengguna.
‘‘
Mereka bukan sahaja berupaya mengurangkan perbelanjaan telekomunikasi tetapi juga mempunyai peluang untuk menjana pendapatan tambahan," katanya semasa majlis pemeteraian MoU itu di sini hari ini.

Pada majlis itu, Tone Excel diwakili oleh Syed Kamaruzaman Shahabudin manakala LPKPM diwakili Presidennya, Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya.

Yang turut hadir Timbalan Presiden LPKPM, Dr. Lee Nan Sang dan Pengurus Kanan Perancangan Jualan dan Operasi Tune Talk Sdn. Bhd., Abdul Karim Abdul Hamid.

Tambah beliau, Tone Excel yang merupakan rakan niaga Tune Talk telah mula berada di pasaran sejak 1 April 2010 dan sehingga kini mempunyai lebih 100,000 keahlian di seluruh negara.
‘‘Selain komisen daripada tambah nilai dan keahlian, faedah lain yang terdapat dalam kad prabayar ini adalah perlindungan insurans kemalangan individu sebanyak RM100,000," katanya.

No comments:

Post a Comment