KEHILANGAN MH370 DAPAT PERTUNJUK DIJUMPAI. Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak
yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi tadi.
Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing
sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui
kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.
Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.
Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan
asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di
koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.
Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di
atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.
Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi.
mETRO MELAPORKAN LOKASI TERAKHIR MH370
No comments:
Post a Comment